Saturday 9 March 2013

Thursday 15 November 2012
















2013 mengajar Bahasa Melayu tahun 4 Intan dan 4 Zamrud. ..Antara gambar yang digunakan bagi latihan membina ayat..=D

Wednesday 26 October 2011

JADUAL WAKTU
  • Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut:
  1. Masa untuk mengajar - 990 minit seminggu
  2. Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu
  • Jumlah masa terlibat dengna program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk:
  1. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid
  2. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
  3. Mengemas kini rekod-rekod
  4. Bimbingan dan kaunseling kepada murid
  5. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.
  6. Runding cara dngan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid
  7. Mnegemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran
  8. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid.
  • Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu:
  1. tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas
  2. Berpandukan jadual waktu induk sekolah
  3. Selaraskan dnegan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
  4. Catatkan waktu Panduan dan Persediaan
  5. Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah.
  6. Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kepada kelas yang terlibat
  7. Jika perlu kerjasama daripada Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah.
PENCALONAN MURID
  • Pencalonan murid untuk mengikuti program pemulihan khas boleh dilakukan oleh guru kelas, guru besar dan ibu bapa atau penjaga.
  1. Guru Kelas: boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis, membaca, mengira), hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran.
  2. Guru Besar: boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
  3. Ibu bapa/Penjaga: boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak-anak mereka.
PENGUMPULAN MAKLUMAT
  • Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan. Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi, guru pemulihan khas dapat mengetahui tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi murid.
  • Sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat adlah seperti berikut:

  1. Guru Besar - berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan.
  2. Guru Kelas - boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dnegan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
  3. Ibu bapa - boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran. Perbincangan dengan ibu bapa alamt digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan Pemulihan Khas berjalan lancar.











TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMULIHAN KHAS
  • Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah atau lambat yang terpilih dari tahun 1 hingga 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid tahun 2 dan 3.
  • Membantu guru-guru lain dalam hal-hal seperti :

  1. mengenal pasti murid-murid yang bermasalah menguasai kemahiran asas 3M.
  2. merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

  • Berjumpa dan berbincang dengan sama ada guru kelas, ibu bapa murid, pegawai perubatan, pegawai kebajikan atau pihak-pihak lain yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas.
  • Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan :
  1. kemajuan murid
  2. latar belakang murid
  3. laporan kesihatan
  4. hasil-hasil temubual dan rujukan
  • Mneyediakan fail individu setiap murid pemulihan yang mengandungi :
  1. borang pencalonan
  2. borang latar belakang murid pemulihan
  3. borang pengumpulan maklumat
  4. ujian saringan dan diagnostik
  5. lembaran kerja
  6. hasil-hasil penilaian yang dijalankan
  7. maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan murid pemulihan.
  • menjadi ahli Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah
  • menjadi setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas
  • menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah


OBJEKTIF
Antara objektif pendidikan pemulihan ialah 

  • membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran kemahiran tertentu.
  • memuluk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
  • membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
  • membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.
  • membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu
  • membolehkan murid-murid mendapat peluang yang sama sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
  • membolehkan murid-murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan, murid boleh :
  • menguasai kemahiran asas 3M
  • meneruskan pembelajaran di kelas biasa
  • menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pelajaran.

Wednesday 19 October 2011

TAKRIF PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan ialah tindakan khusus yang dijalankan untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Daripada kata pemulihan, kita ketahui bahawa maksudnya ialah satu pengajaran membetulkan sesuatu yang kurang atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.
Kamarudin Hj. Husin dalam buku KBSR dan model Eksploitasi Bahan Bahasa (1991 : 24) mendifinasikan pemulihan sebagai


satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid menghadapi maslah pembelajaran dalam menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Dalam usaha membantu murid-murid ini, semua strategi yang melibatkan kaedah-kaedah tertentu, pemilihan bahan-bahan yang sesuai, dan perancangan, aktiviti-aktiviti alternatif yang berkesan, yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi hendaklah difikirkan dengan cermat dan digunakan secara berkesan.

W.K Brennan (1974: 40) berpendapat
Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs which are the result of learning disabilities, that is, learning failure which cannot be expalained by any reference to inadequacies in the pupils environmental situation or life experience. Such people may be exposed to rich environmental stimulation; they may be in contact with a model adequate for normal learning, and they may be exposed to positive, shaping influences in the home, neighbourhood and school.


KONSEP
Program Pemulihan Khas iaitu satu usaha mengatasi masalah murid yng menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.


MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.