Antara objektif pendidikan pemulihan ialah
- membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran kemahiran tertentu.
- memuluk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
- membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
- membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.
- membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu
- membolehkan murid-murid mendapat peluang yang sama sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
- membolehkan murid-murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan, murid boleh :
- menguasai kemahiran asas 3M
- meneruskan pembelajaran di kelas biasa
- menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pelajaran.