Wednesday 26 October 2011

JADUAL WAKTU
  • Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut:
  1. Masa untuk mengajar - 990 minit seminggu
  2. Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu
  • Jumlah masa terlibat dengna program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk:
  1. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid
  2. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
  3. Mengemas kini rekod-rekod
  4. Bimbingan dan kaunseling kepada murid
  5. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.
  6. Runding cara dngan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid
  7. Mnegemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran
  8. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid.
  • Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu:
  1. tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas
  2. Berpandukan jadual waktu induk sekolah
  3. Selaraskan dnegan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
  4. Catatkan waktu Panduan dan Persediaan
  5. Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah.
  6. Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kepada kelas yang terlibat
  7. Jika perlu kerjasama daripada Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah.
PENCALONAN MURID
  • Pencalonan murid untuk mengikuti program pemulihan khas boleh dilakukan oleh guru kelas, guru besar dan ibu bapa atau penjaga.
  1. Guru Kelas: boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis, membaca, mengira), hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran.
  2. Guru Besar: boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
  3. Ibu bapa/Penjaga: boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak-anak mereka.
PENGUMPULAN MAKLUMAT
  • Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan. Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi, guru pemulihan khas dapat mengetahui tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi murid.
  • Sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat adlah seperti berikut:

  1. Guru Besar - berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan.
  2. Guru Kelas - boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dnegan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
  3. Ibu bapa - boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran. Perbincangan dengan ibu bapa alamt digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan Pemulihan Khas berjalan lancar.











No comments:

Post a Comment